Sunday, February 13, 2022

Gaya Perniagaan 2022 Makin Berubah, Bertindaklah Segera

When we talk about business, it can really enhance and improve our lifestyle in so many aspects. Berniaga ini tidak la nak dikatakan mudah, tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa kalau ada daya keinginan untuk berniaga. Antara benda yang penting, kena ada minat untuk berniaga, kena berani untuk menghadapi cabaran sebab kita takkan tau bila masa akan untung dan mungkin akan rugi dan itu adalah adat bisnes yang mencabar dan tak semua individual sanggup hadapi.

Tak berani hadapi semua itu, meh kita sembang tentang baiknya pertimbangkan semula untuk terjun ke dalam dunia perniagaan ataupun tidak.





Kepada yang berminat dengan dunia perniagaan dan mengakui yang diri sendiri kurang ilmu berkaitan, ada baiknya tuntut ilmu terlebih dulu. Bila dah tau ada kelemahan, daya untuk mencari ilmu mesti ada. Untuk mengelakkan daripada rugi yang tahap berbahaya, business man ni kena mendapatkan ilmu perniagaan yang betul untuk memastikan ada masa depan untuk sesebuah bisnes to sustain.

Mesti awak dah tertanyakan? Bagaimana nak dapat ilmu perniagaan yang boleh bantu untuk berjaya? Dari mana nak cari mentor yang sudah dikenali dalam Malaysia? Haaaaa…Apa kata cuba cari info yang manfaat dan berkaitan RichWorks. Antara kenapa saya cakap RichWorks, it’s because dia punya modal tidak perlu takut dengan bayaran tinggi. RichWorks ada sediakan pelbagai program percuma yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Salah satunya Program Live Session Bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman yang diadakan pada setiap hari Ahad pada jam 8 pagi di sepanjang bulan Februari 2022.





Untuk pengetahuan corak bisnes pada tahun 2022, ia agak berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Ini disebabkan oleh keadaan yang berlaku pada beberapa tahun yang lalu pada negara kita. Kena faham faham la kan dengan situasi masa sekarang. Banyak benda tak boleh elak, dan lifestyle setiap individu telah berubah. Ia juga bermaksud corak bisnes pun berubah sebab corak pembeli pun dah berubah.

Impak daripada pandemik dan banjir telah menyebabkan ramai masyarakat kita di Malaysia bersifat jimat cermat dengan mengurangkan urusan pembelian barang-barang harian.Disebabkan itu, para peniaga perlu bersifat lebih agresif untuk bersaing dengan perniaga yang lain supaya perniagaan masing-masing dapat bertahan dengan lebih lama.

Hal ini pun telah disyorkan sendiri oleh Datuk Wira Dr Azizan Osman. Ini antara kata-kata beliau berkaitan perkara tersebut.

“Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi. Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.”






“Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini. Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran. Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini? Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa. Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!




Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini. Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus. Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang. Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.




Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli. Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'. Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi. Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi. Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.”

Haa, jangan main-main kalau nak terus berjuang dalam funka bisnes dna perniagaan. Ayuh! Bangun dan bersiap sedia untuk melakukan tindakan agresif bersama-sama. Untuk tips dan sharing session exclusive, sila sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang supaya tidak terlepas semua perkongsian yang kebaboom.

Selamat berbisnes! Selamat maju dan terus jaya hingga mencapai apa yang diimpikan selama ini.

No comments:

Post a Comment